Sejarah Seattle Mariners

Seattle sebelum ini menjadi anggota Major League Baseball (MLB) pada 1969 selama satu tahun. Apabila pasukan Pilots (kini dikenali sebagai Milwaukee Brewers berpindah, kerajaan tempatan telah menyaman American League (AL) kerana keralatan. Pada 1976, pihak liga bersetuju untuk menggugurkan saman itu dengan meletakkan semula Mariners bersama Toronto Blue Jays pada tahun berikutnya. Pasukan awal Mariners dibarisi pemain seperti Rookie Terbaik AL 1984, Alvin Davis dan dua kali tersenarai dalam All-Star iaitu Harold Reynolds. Pasukan Mariners pada masa itu bergelut dan sering menamatkan kempen di tangga tercorot divisyen.

Pasukan ini perlahan-lahan mencapai titik pusingannya apabila kemunculan bintang Ken Griffey, Jr. pada 1989. Griffey melonjakkan keterujaan peminat untuk menonton di stadium dan menjadikan pasukannya lebih kompetitif. Bukan itu sahaja, beliau juga disertai oleh designated hitter Edgar Martinez, Randy Johnson dan Jay Buhner yang mana mereka membantu Seattle untuk memenangi musim pada 1991 dan 1993 tetapi penampilan di postseason dapat menjadi kenyataan pada 1995. Pada tahun itu, Mariners diancam dengan pemindahan tempat oleh kerana stadium yang substandard serta jumlah tontonan penyokong yang merosot. Dalam pusingan playoff, Mariners meraikan kemenangan dramatik ke atas New York Yankees apabila bangkit dari ketinggalan. Perjalanan postseason pasukan terhenti di Siri Kejuaraan American League (ALCS) apabila tewas kepada Cleveland Indians. Para peminat mula mendesak kerajaan dan ahli politik setempat untuk menguatkuasakan pembinaan stadium baharu, Safeco Field (dibuka pada 1999; dinamakan semula sebagai T-Mobile Park). Pada 1996, pemain shortstop Alex Rodriguez muncul sebagai bintang baru dalam barisan pemain Seattle tetapi pasukan itu hanya mencapai satu penampilan playoff pada empat tahun selanjutnya.

Seattle kembali ke ALCS pada tahun 2000 dan tertewas kepada Yankees dalam enam aksi perlawanan. Pada 2001, Seattle membawa masuk pemain sensasi Jepun, Ichiro Suzuki dalam keadaan pasukan yang ketiadaan Johnson, Griffey dan Rodriguez. Walau bagaimanapun, pasukan ini berjaya merekodkan 116 kemenangan di AL tetapi kempen cemerlang mereka berakhir dengan kekalahan mengecewakan kepada Yankees dalam ALCS. Kemudian, pengurusan Mariners mula menjalankan beberapa siri keputusan hambar yang merencatkan prestasi pasukan dalam divisyen. Pada 2008, Mariners mencapai tahap buruk apabila menjadi pasukan pertama untuk merekodkan 100 kekalahan dalam sesuatu musim dan mereka perlu menggajikan 100 juta dolar Amerika atau lebih. Kemelut ini telah menyaksikan pengurusan melantik wajah baharu di atas padang dan pengurusan am dan Mariners menjalankan fasa pemulihan semula pada 2009.

Usaha Mariners menampakkan sedikit sinar pada 2014 apabila menandatangani Felix Hernandez dan ejen bebas Robinson Cano. Mariners mencatatkan 87 kemenangan dan mereka hanya berbaki satu perlawanan untuk tidak dapat melayakkan diri ke kelayakan playoff. Malangnya, kemarau postseason Mariners dilanjutkan kepada 16 musim pada tahun 2017. Setelah mendapat peluang ke playoff yang tidak dijangka pada 2018 dengan meraih 89 kemenangan, Mariners akhirnya membina semula pasukan dan menjual Cano bersama beberapa pemain veteran lain sekali gus mencatatkan rekod 68–94 pada 2019. Pada dua tahun kemudian, Seattle meraih 90 kemenangan untuk menduduki tangga kedua divisyen tetapi pasukan ini masih lagi gagal untuk layak ke postseason.

Rujukan

WikiPedia: Seattle Mariners https://www.mlb.com/mariners/news/mariners-unveil-... https://www.mlb.com/news/seattle-mariners-blend-pa... https://img.mlbstatic.com/mlb-images/image/upload/... https://img.mlbstatic.com/mlb-images/image/upload/... http://m.mariners.mlb.com/news/article/174893796/n... http://www.seattletimes.com/sports/mariners/new-ma... https://www.mlb.com/news/justin-hollander-mariners... https://www.mlb.com/news/seattle-mariners-clinch-f... https://www.seattletimes.com/sports/mariners/marin... https://www.baseball-reference.com/teams/SEA/index...